Aplikasi LibreOffice Untuk Android Sedang Dalam Pembangunan

Aplikasi LibreOffice Untuk Android Sedang Dalam Pembangunan

Diterbitkan pada July 14, 2012 oleh .

Nampaknya lebih banyak aplikasi sumber terbuka akan hadir ke platform Android. Selepas Mozilla hadir dengan Firefox untuk Android, kini pembangun disebalik aplikasi pejabat sumber terbuka, LibreOffice turut sama sedang dalam proses membangunkan LibreOffice untuk Android.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat pembangunan awal, dan pihak pembangunnya berkongsi pelbagai maklumat mengenainya melalui blog rasmi mereka. Ia dibangunkan berasaskan kod sedia ada LibreOffice, membolehkan dokumen yang sama digunakan pada versi desktop dan sebagainya.

Memandangkan ia masih pada peringkat awal pembangunan, maka rekabentuk untuknya tidak begitu menarik. Namun, apa yang diperlihatkan, ia akan menyertakan pengurus fail tersendiri untuk memudahkan anda menguruskan dokumen anda.

Pihak LibreOffice dijangka akan berkongsi lebih banyak maklumat mengenainya pada acara LibreOffice Conference pada bulan Oktober kelak.


TIPS & ULASAN