Cari @ Amanz

Google seperti kebanyakkan perkhidmatan mereka, turut sama menawarkan sokongan bahasa Malaysia pada pelayar web popular mereka. Namun, perkara ini perlu diaktifkan secara manual oleh para pengguna, sekaligus membolehkan mereka menikmati pelayar web Chrome dalam bahasa kebangsaan.

Untuk mengubahnya kepada bahasa Malaysia, anda hanya perlu:

  • Layari laman tetapan Google Chrome dengan ke bahagian Settings.
  • Buat pilihan Advanced Settings.
  • Di bahagian Languages, klik pada butang Languages and spell-checker settings.
  • Pilih bahasa kegemaran anda, dan tekan butang Add. Bahasa pilihan anda akan diperlihatkan dengan pilihan pada bahagian kanan untuk menggunakan bahasa tersebut pada Google Chrome.
  • Klik pada butang tersebut, dan mulakan semula pelayar web Chrome anda.

Sebaik sahaja anda memulakan semula pelayar web Chrome anda, ia akan menggunakan bahasa pilihan anda. Jadi, bagi anda yang berminat, boleh mencubanya sendiri hari ini, dan menggunakan Chrome dengan bahasa kegemaran anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd