Cari @ Amanz

Sama seperti untuk Windows 8, kini Microsoft turut sama melancarkan blog baru khas untuk perkongsian pembangunan aplikasi pejabat mereka, dinamakan sebagai Office Next Blog. Melaluinya kelak, Microsoft dijangka akan berkongsi pelbagai perkara baru berkaitan Office, sama seperti yang dilakukan oleh mereka untuk Windows 8.

Buat masa ini, tiada sebarang informasi berkaitan dengan Officeyang dikongsikan mereka. Namun, perkara tersebut mungkin akan berubah dalam masa beberapa hari lagi.

Sebelum ini, ia kedengaran Microsoft bakal memperkenalkan ia kepada umum pada minggu hadapan dengan memulakan ujian beta terbuka bersama dengannya. Namun, kesahihan mengenainya masih tidak diketahui.

Office generasi baru yang akan datang dikenali sebagai Office 2013 buat masa ini, dan dijangka akan dilancarkan kepada umum pada penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd