Cari @ Amanz

Selain daripada Nexus 7, MobileFest kali ini turut sama memperlihatkan hadirinnya membawa Nexus Q, salah satu medium pemain media antara peranti mudah-alih dan juga ke televisyen. Ia turut sama diumumkan oleh Google pada acara Google I/O yang lepas bersama-sama dengan peranti lain.

Nexus Q walaubagaimanapun tidak didemonstrasikan pada MobileFest, kerana tiada kabel sokongan yang dibawa bersama dengannya.

Namun, daripada apa yang diterangkan, ia membolehkan para pengguna memainkan lagu daripada telefon pintar mereka terus kepadanya, dan ia dikongsikan terus ke televisyen, penguat suara dan sebagainya. Ia turut diketahui, Nexus Q mempunyai ruangan storan terbina padanya, namun tiada sebarang perkara yang terdapat didalamnya buat masa ini, berkemungkinan kerana ia mungkin pada fasa pengenalan awal lagi. Untuk memainkan media, ia masih menggunakan telefon pintar atau tablet, dan memainkannya melalui sokongan awan.

Bahagian atasnya boleh diputarkan untuk diselaraskan bunyi (volume), manakala pada bahagian belakang ia didatangkan dengan ruangan sokongan ke pembesar suara, dan juga slot HDMI.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd