Pandang Pertama : ChromeBox Daripada Samsung

Pandang Pertama : ChromeBox Daripada Samsung

Diterbitkan pada July 15, 2012 oleh .

Pada Google I/O yang lepas, selain daripada memberikan Nexus 7, Nexus Q dan juga Galaxy Nexus kepada para pembangun, Google juga turut memberikan peranti ChromeBox keluaran Samsung kepada para pembangun, yang mana didatangkan bersama-sama dengan ChromeOS padanya.

ChromeOS, seperti semua sedia maklum, merupakan sistem operasi berasaskan pelayar web Chrome, bergantung kepada internet untuk menjalankannya. Walaupun terdapat beberapa aplikasi yang didatangkan dengan sokongan luar-talian, namun ia masih memerlukan talian internet untuk dapat digunakan sepenuhnya.

Menariknya adalah dimana ChromeBox yang disediakan oleh Samsung ini, walaupun hanya sekadar untuk menjalankan pelayar web sahaja, ia dijana oleh cip pemprosesan Intel Core i5, membolehkan para pengguna menggunakannya pada prestasi maksimum.

Ia masih tidak diketahui sama ada peranti berasaskan Chrome OS akan memasuki arena Malaysia ataupun tidak buat masa ini.


TIPS & ULASAN