Pengeluaran Apple iPhone 5 Telah Dimulakan?

Pengeluaran Apple iPhone 5 Telah Dimulakan?

Diterbitkan pada July 15, 2012 oleh .

Bagi para pengguna iOS, semestinya salah satu peranti yang dinantikan adalah iPhone generasi baru daripada Apple. Mengikut laporan awal, ia kini dikatakan iPhone generasi baru tersebut telah pun memasuki fasa pengeluaran, dan mungkin akan diumumkan dalam masa sebulan dua lagi.

Sebelum ini, seperti biasa, id disasarkan untuk pelancaran September atau Oktober bersama-sama dengan iOS 6. Namun, sebuah laporan mengatakan iPhone 5 mungkin akan diperkenalkan seawal bulan Ogos ini. Walaubagaimanapun, perkara ini sekadar ura-ura tanpa sebarang pengesahan daripada pihak Apple.

Daripada ura-ura sebelum ini, apa yang diperkatakan adalah iPhone 5 kelak akan membawakan sokongan NFC, serta skrin bersaiz sedikit besar, dan cip pemprosesan dan kamera lebih berkuasa.


TIPS & ULASAN