Samsung Membuka Pendaftaran Untuk Hari Pembangun Di IFA 2012

Samsung Membuka Pendaftaran Untuk Hari Pembangun Di IFA 2012

Diterbitkan pada July 15, 2012 oleh .

Selepas MWC, Computex dan sebagainya, acara berkaitan IT seterusnya yang dinantikan ramai adalah IFA 2012 di Berlin yang bakal diadakan pada penghujung Ogos. Dengan tempoh sebulan lebih lagi, kini Samsung telah pun memulakan pendaftaran untuk pembangun pada hari tersebut.

Tiada maklumat berkaitan sesi yang bakal dijalankan yang diketahui buat masa ini. Namun, apa yang Samsung katakan adalah para pembangun akan kelak berpeluang mengambil peluang daripada teknologi terkini daripada platform Samsung.

Pada IFA 2012, Samsung turut dikatakan akan memperkenalkan Samsung Galaxy Note, dan tentunya, sekiranya benar, maka Samsung turut sama akan memfokuskan kepada SDK S-Pen mereka pada hari pembangun tersebut.

Sama-sama kita nantikan kejutan Samsung pada IFA 2012 kelak.


TIPS & ULASAN