Permainan Ninja VS UFO Sedia Dimuat-Turun Oleh Para Pengguna iOS

Permainan Ninja VS UFO Sedia Dimuat-Turun Oleh Para Pengguna iOS

Diterbitkan pada July 16, 2012 oleh .

Ingatkah lagi permainan Ninja vs UFO yang diperlihatkan pembangun tempatan pada acara GoMobile yang lepas? Selepas melalui pelbagai proses pembangunan, kini permainan tersebut telah pun dilancarkan secara percuma kepada para pengguna iOS, membolehkan mereka memuat-turunnya hari ini daripada AppStore.

Permainan Ninja vs UFO ini mengambil ciri-ciri daripada beberapa permainan popular, dimana membawakan jalan cerita memerlukan para pemain menyelamatkan lembu-lembu daripada dicuri oleh UFO.

Sokongan OpenFient turut disertakan bersama-sama dengannya, membolehkan para pengguna bermain dan membandingkan skor mereka bersama yang lain.

Bagi para pengguna iOS yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Ninja vs UFO ini secara percuma daripada AppStore hari ini.


TIPS & ULASAN