Cari @ Amanz

Dengan Microsoft yang dijangka akan berkongsi lebih banyak maklumat berkaitan Office 2013 pada minggu ini, kini LiveSide secara eksklusifnya melaporkan mengenai sebuah platform tambahan khas pada Office dinamakan sebagai Agaves.

Agaves, seperti beberapa platform sedia ada membolehkan para pembangun membangunkan aplikasi mereka untuk platform Office, sekaligus membolehkan ia diintegrasikan dan berinteraksi bersama dokumen dengan pelbagai kandungan tambahan.

Beberapa aplikasi turut diperlihatkan, dan antaranya adalah:

Task Pane App for Office
Membolehkan para pengguna menambah sebuah panel khas pada bahagian kanan untuk membuat carian daripada web selain pada masa yang sama menyertakan kandungan yang berkaitan terus ke dalam dokumen mereka.

Content App for Excel
Membolehkan para pengguna menambah lebih banyak kandungan, seperti peta dan sebagainya ke dalam dokumen Excel.

Beberapa aplikasi lain turut disediakan membolehkan para pengguna dengan mudah menggunakan dan menyertakan kandungan tambahan daripada pelbagai sumber lain dengan mudah.

Untuk pembangun pula, mereka dikatakann boleh membangunkan aplikasi mereka dan berkongsi dengan yang lain melalui Office Store. Mungkin Microsoft akan berkongsi lebih banyak maklumat berkaitan dengannya tidak lama lagi, memandangkan mereka memerlukan sejumlah aplikasi daripada pembangun ketika melancarkan Office 2013 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd