Celcom Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan Celcom WiFi Tidak Lama Lagi

Celcom Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan Celcom WiFi Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada July 16, 2012 oleh .

Dengan internet yang menjadi permintaan ramai pada hari ini, kini nampaknya Celcom bukan sahaja akan menawarkannya melalui langganan pakej data bulanan, tetapi turut sama akan hadir dengan perkhidmatan baru mereka, Celcom First WiFi.

Perkhidmatan ini sedang dalam fasa ujian akhir-akhir ini, membolehkan sesiapa sahaja menggunakan perkhidmatan Celcom WiFi. Daripada apa yang diperlihatkan pada halaman pakej mereka, Celcom bakal hadir dengan pilihan pelan penggunaan selama sehari, seminggu atau sebulan. Namun, harga untuknya masih tidak diketahui lagi.

Ketika awal pelancaran, seperti biasa ia dijangka akan memfokuskan kepada para pengguna Lembah Klang terlebih dahulu, sebelum diperluaskan kepada seluruh negara secara berperingkat. Celcom mengatakan mereka akan menawarkan kelajuan internet lebih daripada 512kbps kepada para pengguna melalui perkhidmatan mereka kelak.

Perkhidmatan seumpamanya bukanlah sesuatu yang baru, memandangkan TM sedia menyediakan perkhdidmatan TM WiFi untuk para pelanggan mereka, dan perkara sama juga untuk Maxis.


TIPS & ULASAN