Hari ini, pembangun GetLinux telah pun memperkenalkan versi terbaru perisian mereka, iaitu GetLinux 2.4 dengan beberapa sokongan baru, selain mana pada masa yang sama, turut menawarkan versi web untuk memuat-turun distro-distro Linux dengan mudah.
Bagi yang tidak mengenali GetLinux, ia merupakan salah satu perisian yang memudahkan para pengguna untuk memilih distro kegemaran mereka, dan seterusnya memuat-turun dengan mudah.
Terdapat ratusan distro yang disertakan pada aplikasi mereka, membolehkan anda memuat-turun dengan mudah melalui perisian mereka. Setiap distro juga didatangkan dengan penerangan mengenainya, serta saiz, versi, asal dan sebagainya.
Selain daripada beberapa perubahan pada antaramuka perisian tersebut, ia juga turut menyertakan sokongan tab berita dalam bentuk HTML, memudahkan para pengguna mengikuti pelbagai kemaskini dengan mudah.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini daripada laman rasmi GetLinux, ataupun boleh mencuba versi web mereka di Get-Linux.net.