Pengguna Boleh Gunakan Telefon Pintar Untuk Touch ‘n Go Dalam Masa Dua Bulan Lagi

Pengguna Boleh Gunakan Telefon Pintar Untuk Touch ‘n Go Dalam Masa Dua Bulan Lagi

Diterbitkan pada July 16, 2012 oleh .

Dengan sokongan NFC yang kini didatangkan bersama-sama telefon pintar, kini pihak Touch ‘n Go, bersama-sama dengan beberapa rakan kerjasama, iaitu Maxis dan CIMB bakal memperkenalkan sokongan menggunakan perkhidmatan tersebut terus melalui telefon pintar tidak lama lagi.

Mereka mensasarkan masa selama dua bulan, membolehkan para pengguna membuat transaksi terus menggunakan telefon pintar mereka, tanpa perlu membawa sebarang kad tambahan dan sebagainya.

Untuk makluman, pihak Maxis telah pun mempromosikan sokongan ini yang dikenali sebagai Maxis FastTap dengan mengatakan ia akan datang sejak daripada bulan Mac lepas. Melalui laman khas Maxis FastTap, ia memperlihatkan yang mana ia akan diperkenalkan kepada iPhone terlebih dahulu, dimana untuk menjayakan sokongan NFC, sebuah peranti tambahan turut sama akan dijual mereka. Aplikasi untuknya turut sama telah tersedia di AppStore, walaupun tidak boleh digunakan buat masa ini.

CIMB pula bakal memudahkan para pengguna menambah-nilai dengan mudah untuk akaun Touch ‘n Go mereka terus melalui peranti mudah-alih.

Selain daripada Maxis, Touch ‘n Go dijangka akan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi lain, selepas selesai tempoh eksklusif selama 6 bulan bersama Maxis.

Tips awal daripada @RotiKaya.


TIPS & ULASAN