Cari @ Amanz

Dalam usaha memfokuskan kepada keselamatan pengguna, kini Google hanya membenarkan para pengguna memasang extensions Chrome daripada Chrome Web Store sahaja, dan mematikan sokongan menambah extension daripada laman web pihak ketiga.

Sebelum ini, para pengguna dengan mudah boleh menambahnya dengan klik pada pautan, dan ia terus ditambah pada pelayar web mereka serta-merta. Dalam kemaskini yang akan dibawakan oleh Google Chrome, fungsi ini dimatikan. Namun, para pengguna masih boleh menambah extension yang bukan daripada Chrome Web Store, tetapi perlu membuatnya secara manual, dimana perlu memuat-turun ia terlebih dahulu ke komputer, dan seterusnya memuatkannya ke dalam Chrome melalui halaman extension. Perkara ini mungkin akan diabaikan oleh ramai pengguna disebabkan memerlukan beberapa langkah dilakukan, berbeza dengan melalui Chrome Web Store.

Walaupun perkara ini mungkin tidak disukai oleh ramai pengguna, namun, ia merupakan salah satu langkah bijak dalam mengurangkan extension yang tidak sepatutnya daripada dipasang pada pelayar web seseorang pengguna, sekaligus meningkatkan lagi keselamatan pengguna ketika melayari web.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd