Microsoft Memperkenalkan Office Generasi Baru – Versi Preview Sedia Dimuat-Turun

Microsoft Memperkenalkan Office Generasi Baru – Versi Preview Sedia Dimuat-Turun

Diterbitkan pada July 17, 2012 oleh .

Seperti mana yang dinantikan ramai, hari ini Microsoft secara rasminyua telah pun memperkenalkan aplikasi pejabat generasi baru mereka – Office 2013, membolehkan para pengguna menguji terlebih dahulu sebelum versi akhirnya dilancarkan tidak lama lagi.

Office 2013 – sama seperti sistem operasi generasi baru mereka akan memfokuskan kepada antaramuka Metro dengan sokongan mesra skrin sentuh. Perkara ini sekaligus membolehkan para pengguna bukan sahaja melakukan input melalui papan kekunci dan juga tetikus, tetapi turut sama menyertakan sokongan stylus dan juga sentuhan melalui jari padanya.

Untuk para pengguna Windows RT (peranti Windows 8 dengan pemproses ARM), Office Home & Student 2013 RT akan disertakan bersama secara percuma, membawakan Word, Excel, PowerPoint dan juga OneNote bersama dengannya.

Berbeza dengan aplikasi Office sebelum ini, melalui Office 2013 ia juga turut disertakan dengan sokongan Cloud dan juga sosial. SkyDrive didatangkan sedia terbina, begitu juga dengan sokongan sosial daripada Yammer (yang diambil-alih oleh Microsoft baru-baru ini). Skype turut diintegrasikan bersama pada Office 2013 seperti diperkatakan ramai sebelum ini. Beberapa pakej berbentuk langganan bulanan turut disertakan oleh Microsoft untuk aplikasi pejabat mereka yang baru ini.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Office Preview hari ini, dan mencuba sendiri aplikasi pejabat generasi baru daripada Microsoft, sebelum ia dilancarkan kepada umum dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN