Office 2013 Tidak Akan Menyokong Windows XP Dan Vista

Office 2013 Tidak Akan Menyokong Windows XP Dan Vista

Diterbitkan pada July 17, 2012 oleh .

Bersama-sama dengan pengumuman Office 2013 oleh Microsoft, salah satu perkara yang turut diumumkan sama adalah sokongan sistem operasi olehnya. Ia kelihatan melalui Office 2013, Microsoft mematikan sokongan untuk Windows XP dan juga Vista, dan hanya memfokuskan kepada Windows 7 dan juga Windows 8 sahaja.

Ia boleh dikatakan masih terdapat banyak organisasi yang bergantung kepada Windows XP buat masa ini, dan mungkin ini merupakan salah satu cara untuk Microsoft mengalakkan mereka mengemaskini kepada perisian terkini.

Sebelum ini, Microsoft turut sama mengumumkan kemaskini Windows 8 yang lebih murah berbanding sebelumnya.

Walaupun Microsoft mematikan sokongan untuk XP dan juga Vista, beberapa aplikasi lain, seperti LibreOffice, dan juga perisian pejabat berasaskan talian, Google Docs masih disokong padanya, selain daripada aplikasi Office sedia ada.


TIPS & ULASAN