Apple Mula Memperkenalkan Emel Berdomain @iCloud.com Melalui iOS 6 Beta

Apple Mula Memperkenalkan Emel Berdomain @iCloud.com Melalui iOS 6 Beta

Diterbitkan pada July 17, 2012 oleh .

Dengan penutupan MobileMe beberapa minggu yang lepas, nampaknya Apple turut beralih dengan memfokuskan kepada alamat emel baru yang ditawarkan oleh mereka kepada para pengguna produk Apple. Alamat emel baru akan menggunakan domain @icloud.com mengantikan alamat popular @me.com sebelum ini.

Ia dilaporkan semua penguna baru yang mengaktifkan sokongan Mail pada iCloud akan menerima alamat yang baru itu, dan bukannya @me.com lagi. Para pengguna @me.com sedia ada pula akan turut menerima alamat alamat dengan domain @icloud.com sebagai tambahan.

Bagi mereka yang gemar menggunakan emel iCloud, mungkin ia merupakan salah satu perkara gembira, walaupun kami beranggapan alamat berdomainkan @me.com lebih kelihatan menarik berbanding @icloud.com.

Perubahan ini diperkenalkan oleh Apple iOS 6 Beta 3 yang mula diperkenalkan kepada pembangun hari ini.


TIPS & ULASAN