Valve Melancarkan Blog Untuk Linux – Mengumumkan Steam Untuk Ubuntu

Valve Melancarkan Blog Untuk Linux – Mengumumkan Steam Untuk Ubuntu

Diterbitkan pada July 17, 2012 oleh .

Setelah pelbagai info diketahui sedikit demi sedikit, hari ini pihak Valve secara rasminya telah pun mengumumkan sokongan Steam untuk Ubuntu, serta pada masa yang sama melancarkan blog memfokuskan pengguna Linux.

Valve mengatakan mereka akan memulakan dengan sokongan untuk komuniti Ubuntu terlebih dahulu, dan sekiranya berjaya kelak, mereka akan memperluaskan sokongan kepada distro-distro lain pada masa hadapan.

Melalui blog tersebut kelak, Valve akan berkongsi lebih banyak maklumat berkaitan dengan pembangunan Steam untuk Ubuntu. Daripada artikel pertama, mereka mengatakan yang mana Steam akan hadir dengan sokongan Ubuntu 12.04, dan daripada apa yang dibangunkan buat masa ini, ia berjalan lancar padanya.

Buat masa ini, boleh dikatakan sesetengah pengguna Linux menetapkan untuk dual boot semata-mata untuk memainkan permainan dan sebagainya. Dan sekiranya ini berjaya, mungkin kita akan dapat melihat Linux akan menerima lebih sokongan permainan daripada pengguna tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN