Windows Phone 8 Akan Menyertakan Sokongan Merakamkan Paparan Skrin?

Windows Phone 8 Akan Menyertakan Sokongan Merakamkan Paparan Skrin?

Diterbitkan pada July 17, 2012 oleh .

Selain daripada kebolehan mengubah suai saiz live tiles dan beberapa yang lain, Windows Phone 8 kelak juga dikatakan akan turut menyertakan salah satu sokongan yang digemari ramai, iaitu kebolehan untuk merakamkan paparan skrin dengan mudah.

Fungsi yang sama juga dijangka mungkin akan diperkenalkan pada Windows Phone 7.8, membolehkan para pengguna merakamkan gambar skrin dengan kombinasi beberapa kekunci. Ia dikatakan pengguna boleh merakamkan gambar skrin dengan menekan butang kamera dan juga butang Windows pada peranti mereka.

Sokongan ini merupakan salah satu perkara yang diminta oleh ramai pengguna, memandangkan ia akan memudahkan mereka berkongsi rakaman skrin bersama yang lain. Buat masa ini, ia agak sukar untuk merakamkan skrin pada Windows Phone 7, memerlukan para pengguna memasang pelbagai aplikasi tambahan pada komputer mereka untuk melakukannya.


TIPS & ULASAN