Pelayar Web Firefox Dikemaskini Kepada Angka Versi 14

Pelayar Web Firefox Dikemaskini Kepada Angka Versi 14

Diterbitkan pada July 17, 2012 oleh .

Seperti biasa, pihak pembangun Mozilla, selepas memperkenalkan Firefox 13 pada awal bulan lepas, kini, pada hari ini telah pun melancarkan pelayar web Firefox 14 mereka kepada umum, membawakan bersama beberapa fungsi baru padanya dalam terus memudahkan para pengguna menggunakan perkhidmatan mereka.

Bersama-sama dengan Firefox 14, Mozilla membawakan sokongan autocomplete pada bahagian URL, serta sokongan carian Google yang lebih selamat (encrypted) padanya.

Selain daripada itu, ia hanya sekadar membawakan kemaskini sekuriti, dan penambah-baikkan pada prestasi dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Firefox untuk Windows, Mac dan juga Linux hari ini, dan menggunakan versi terkini pelayar web tersebut hari ini.


TIPS & ULASAN