Kebanyakkan web rasmi kerajaan Malaysia sering diberikan maklumbalas negatif oleh para pengguna kerana tidak mesra dan sebagainya. Dan melalui laporan ZDNet berkenaan masa respon dan yang berkaitan dengannya, ia meletakkan web kerajaan Malaysia pada kedudukan paling teruk berbanding negara-negara jiran yang lain.
Daripada laporan yang dikeluarkan, ia meletakkan laman web Kementerian Kewangan Malaysia pada kedudukan teratas dengan masa respon sehingga 12 saat untuk mengaksesnya. Kesemua laman web kerajaan yang disertakan dalam laporan tersebut gagal untuk memberikan masa respon kurang 10 saat, salah satu perkara yang agak mendukacitakan berbanding negara jiran yang lain.
Dengan dunia internet yang semakin berkembang pesat, laman web kerajaan menjadi salah satu perkara utama dalam membolehkan rakyat mengetahui pelbagai info berkaitan kerajaan, disamping memudahkan mereka berinteraksi dengan kerajaan. Perkara mengenai laman web kerajaan yang mengambil masa yang lama untuk diakses mungkin perlu diberi perhatian serius oleh pembangunnya.
Laporan ini dikeluarkan oleh ZDNet bergantung kepada data yang dikumpulkan sejak November 2011 hingga Januari yang lepas.
Mungkinkah pada tahun ini angka ini akan berubah dan meletakkan Malaysia pada kedudukan yang lebih baik?