ShortGIG.me – Memudahkan Freelancer Mencari Projek Tambahan

ShortGIG.me – Memudahkan Freelancer Mencari Projek Tambahan

Diterbitkan pada July 17, 2012 oleh .

Selain daripada Faces.my, kini Mentari Works turut sama hadir dengan projek terbaru mereka dinamakan sebagai ShortGIG.me, yang mana merupakan salah satu platform untuk menemukan tuan empunya projek bersama-sama dengan freelancer yang mencari projek tambahan dengan mudah.

ShortGIG.me membawakan konsep memudahkan para freelancer mengikuti perkembangan dan projek terkini yang boleh disertai mereka. Setiap perkembangan dihantar melalui emel seminggu sekali dalam bentuk newsletter, dimana ia disusun dan ditujukan mengikut skill dan kepakaran seseorang yang dipilih ketika pendaftaran.

Untuk tuan empunya projek pula, mereka boleh menambah senarai projek mereka, dengan keperluan yang mereka perlukan pada web tersebut. Buat masa ini ShortGIG.me didatangkan dalam beberapa kategori, termasuk pembangunan dan rekabentuk web, rekabentuk grafik, pembangunan aplikasi mudah-alih (iOS dan Android), fotografi, penulisan dan juga videografi.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh menjenguk kepada laman ShortGIG.me untuk mendapatkan idea yang lebih menyeluruh.


TIPS & ULASAN