TweetDeck 1.5 Diperkenalkan Dengan Logo Dan Beberapa Fungsi Baru

TweetDeck 1.5 Diperkenalkan Dengan Logo Dan Beberapa Fungsi Baru

Diterbitkan pada July 18, 2012 oleh .

Selepas beberapa aplikasi Twitter dan web Twitter.com menerima kemaskini, kini aplikasi desktop popular milik Twitter, iaitu TweetDeck turut dikemaskini, menyertakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya.

Twitter 1.5 membawakan pengurusan kotak Tweet yang lebih baik, disamping turut menyertakan sokongan carian serba baru padanya, sama seperti para web Twitter. Selain daripada itu, menu pada setiap Tweet juga dikemaskini, membolehkan anda membalas, mengikuti, mahupun menghantar DM dengan pantas.

Tweetdeck 1.5 turut sama menyertakan logo yang baru, menggunakan ikon burung Twitter yang diperkenalkan oleh mereka baru-baru ini. Bagi yang ingin menggunakan Tweetdeck baru ini mungkin boleh layari TweetDeck versi web, ataupun memuat-turunnya dan menggunakannya terus daripada desktop anda dengan mudah.


TIPS & ULASAN