Cari @ Amanz

Tidak lama sebelum ini, kami pernah kongsikan extension Amanz Notifier, membawakan kemaskini semasa Amanz terus pada pelayar web Chrome dengan mudah. Dan dengan fungsi serupa, kini sebuah extension dinamakan 9GAG Mini diperkenalkan, membolehkan anda mengikuti perkembangan semasa dan membacanya terus pada pelayar web anda.

Daripada 9Gag Mini, anda tidak perlu untuk memasuki laman web 9GAG secara manual lagi, dan boleh mengikutinya dengan mudah terus daripada pelayar web anda.

Untuk memulakannya, anda perlu menggunakan pelayar web Chrome, dan menambah 9GAG secara percuma daripada Chrome WebStore.

Selesai menambahnya, ia akan secara automatik meletakkan sebuah ikon 9Gag pada sebelah kanan bar URL, membolehkan anda klik dan mengikuti laman tersebut.

Menariknya, sekiranya terdapat sebarang kemaskini baru, ia bukan hanya memaparkannya pada ikon tersebut, malah sebuah notifikasi turut diperlihatkan, membolehkan anda mengetahuinya dengan mudah.

Jadi, bagi anda yang gemarkan laman 9GAG, mungkin boleh mencuba 9GAG Mini pada pelayar web anda, dan sekiranya anda mempunyai sebarang alternatif lain, jangan lupa kongsikan bersama kami.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd