(Video) Ujian Tukul Pada Oppo Finder – Telefon Pintar Paling Nipis Di Dunia

(Video) Ujian Tukul Pada Oppo Finder – Telefon Pintar Paling Nipis Di Dunia

Diterbitkan pada July 18, 2012 oleh .

Nampaknya kini droptest mungkin tidak menarik minat lagi, apabila semua memfokuskan kepada hammer test. Selepas Nokia Lumia 900 dan Xperia Active tempoh hari, kini ujian sama dilakukan pada peranti Oppo Finder, dan ia berjaya tanpa meretakkan skrinnya.

Untuk makluman, sebelum ini Oppo Finder telah diperkenalkan pada penghujung Mei sebagai telefon pintar paling nipis di dunia, membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, dan juga skrin Super AMOLED Plus bersaiz 4.3-inci.

Dengan skrin yang tahan hentakkan, mungkin ramai yang mempunyai kerja lasak dan sebagainya boleh memilihnya, selain memastikan skrin telefon pintar mereka tidak mudah retak dan pecah seperti kebanyakkan telefon pintar hari ini.

Mungkinkah kelak pada suatu masa kita akan melihat hammer test sebagai salah satu benchmark untuk telefon pintar?


TIPS & ULASAN