Angka Domain .MY Yang Aktif Menghampiri Angka 200,000

Angka Domain .MY Yang Aktif Menghampiri Angka 200,000

Diterbitkan pada July 18, 2012 oleh .

Umum sedia maklum akan mengenai nama domain dengan akhiran .MY yang mana memberikan identiti Malaysia. Kini, ia kelihatan nama domain .MY yang aktif akan melangkaui angka 200,000 dalam masa beberapa minggu lagi.

Daripada angka terkini yang diperlihatkan oleh Domain Registry, badan yang bertanggungjawab disebalik pendaftaran nama domain tersebut, angka terkini telah pun mencapai lebih 199 ribu, dan kurang seribu lagi sebelum ia melangkaui angka 200 ribu.

Sebelum ini, pada bulan lepas, mereka telah meraikan ulang-tahun Domain Registry .MY yang ke 25 tahun, serta menawarkan nama domain .MY pada harga diskaun.


TIPS & ULASAN