Asus Transformer Pad Pertama Bakal Menerima Kemaskini Jelly Bean

Asus Transformer Pad Pertama Bakal Menerima Kemaskini Jelly Bean

Diterbitkan pada July 18, 2012 oleh .

Dalam dunia peranti Android yang dikeluarkan oleh ramai pengeluar telefon pintar dan tablet, salah satu perkara yang memberikan kelebihan kepada mereka dan juga pengguna adalah pilihan kemaskini yang diberikan oleh mereka. Terkini, Asus bergerak pantas dengan mengatakan keluarga Transformer Pad asal mereka akan menerima kemaskini jelly Bean tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang tarikh rasmi yang diberikan oleh mereka. Daripada apa yang diketahui, Asus akan memperkenalkan kemaskini kepada Transformer TF101 dan yang lain-lain tidak lama lagi, sekaligus memastikan pengguna tablet Asus terus menikmati kemaskini semasa sistem operasi Android.

Sebelum ini, Asus juga menjadi antara yang terawal memperkenalkan kemaskini Ice Cream Sandwich kepada pengguna TF101, dan sekiranya mereka mengikuti pembangunan serupa seperti sebelumnya, mungkin kita akan dapat melihat kemaskini Jelly Bean diperkenalkan dalam masa sebulan dua lagi.


TIPS & ULASAN