Microsoft Berkongsi Lebih Maklumat Berkaitan Papan Kekunci Atas Skrin Pada Windows 8

Microsoft Berkongsi Lebih Maklumat Berkaitan Papan Kekunci Atas Skrin Pada Windows 8

Diterbitkan pada July 18, 2012 oleh .

Dengan Windows 8 yang dioptimasikan untuk tablet dan juga skrin sentuh, salah satu perkara utama yang diberikan perhatian oleh Microsoft adalah pembangunan papan kekunci atas-skrin padanya. Kini, pihak pembangunnya sendiri berkongsi lebih maklumat berkaitan dengannya kepada umum.

Daripada video dan juga artikel khas yang disediakan oleh Microsoft, mereka berkongsi pelbagai perkara, daripada rekabentuk yang mesra pengguna sehingga lain-lain mengenainya. Microsoft juga mengkaji bagaimana para pengguna mengendalikan tablet mereka, disamping turut memudahkan mereka membuat tetapan papan kekunci mengikut kegemaran mereka, seperti memilih rekabentuk, warna dan juga bunyi padanya.

Microsoft juga mengatakan mereka memfokuskan kepada beberapa perkara dalam menjayakannya, termasuk memudahkan input teks, mengurangkan kesilapan ejaan, dan juga membuatkan pengguna selesa menggunakannya.

Jadi, apakah pendapat anda mengenai papan kekunci atas-skrin yang didatangkan bersama-sama dengan Windows 8 ini?


TIPS & ULASAN