Cari @ Amanz

Dengan YouTube kini dijadikan sebagai salah satu platform untuk melaporkan kejadian, dan salah satu sumber untuk berita dan sebagainya, mungkin pada beberapa video, anda ingin mengkaburkan wajah orang awam, dan menghadapi kesukaran. Kini, perkara tersebut dimudahkan dengan fungsi baru dinamakan Face Blurring.

Fungsi ini membolehkan para pengguna mengkaburkan wajah seseorang dengan hanya satu klik sahaja, sekaligus memudahkan anda melakukannya tanpa perlu menggunakan sebarang perisian tambahan.

Selesai sahaja anda mengkaburkan wajah orang awam pada sesuatu video, sebuah salinan akan dilakukan secara automatik, selain video asal masih disimpan pada pelayan YouTube dalam bentuk “Private” dan hanya boleh diakses oleh pengguna yang memuat-naik video tersebut sahaja.

Perkara ini sekaligus memudahkan anda menjaga privasi pihak berkaitan dengan mudah, termasuk menjaga hak asasi seseorang itu. Bagi mereka yang aktif memuat-naik video ke YouTube, boleh melayari fungsi ini pada bahagian Video Editing hari ini.

Tips daripada @TechGoatee

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd