Cari @ Amanz

Google yang sedia terkenal dengan enjin carian mereka, kini terus memperkenalkan beberapa fungsi baru untuk para pengguna platform blog mereka, Blogger, dimana terkini Blogger memperkenalkan fungsi mengubah URL permalink untuk sesuatu artikel.

Sebelum ini, ketika anda menaip dan menerbitkan sesuatu artikel menggunakan Blogger, ia menghasilkan URL secara automatik, yang selalunya terdiri daripada tajuk blog tersebut sendiri. Kini, melalui pilihan baru, ia memudahkan anda mengubahnya, sekaligus memberikan lebih kawalan SEO kepada para pemilik blog.

Untuk menggunakannya, ketika ingin menerbitkan sesuatu artikel, anda hanya perlu memilih “Custom URL” pada bahagian tetapan, dan memasukkan kata kunci pilihan anda.

Bagi para pengguna Blogger, mungkin anda boleh mencubanya hari ini, dan berikan maklumbalas anda berkaitan dengan fungsi baru ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd