Windows 8 Bakal Dilancarkan Pada 26 Oktober 2012 Kelak

Windows 8 Bakal Dilancarkan Pada 26 Oktober 2012 Kelak

Diterbitkan pada July 19, 2012 oleh .

Akhirnya, secara rasminya kini Microsoft telah pun mengumumkan yang mana Windows 8 akan dilancarkan kepada umum pada 26 Oktober 2012 kelak, membolehkan para pengguna mengemaskini ataupun membeli komputer baru bersama-sama dengannya.

Sebelum ini, Microsoft hanya sekadar mengumumkan akan melancarkan pada Oktober sahaja, selain berkongsi harga kemaskini akan serendah $39.99. Dan kini dengan pengumuman tarikh pelancarannya, ia akan membolehkan para pengguna lebih bersedia untuk menerima sistem operasi terbaru daripada Microsoft ini.

Windows 8 kelak akan bukan sekadar membawakan antaramuka baru berasaskan Metro, tetapi turut sama menyertakan pelbagai fungsi baru, termasuk integrasi sosial dan juga perkomputeran awan, selain sokongan Windows Store dan sebagainya padanya kelak.


TIPS & ULASAN