Cari @ Amanz

Sebelum ini, kami pernah berkongsi akan mengenai Game Downloader yang menawarkan anda memuat-turun pelbagai permainan percuma ke komputer anda dengan mudah. Dengan fungsi seumpamanya, salah satu aplikasi sumber terbuka yang memfokuskan kepada permainan indie adalah Tiggit.

Tiggit menawarkan sebuah klien khas, membolehkan anda memuat-turun permainan daripada lebih 300 judul yang disediakan. Selain daripada permainan indie percuma, Tiggit turut sama menyenaraikan beberapa permainan berbentuk demo, membolehkan anda mencuba terlebih dahulu sebelum membuat pilihan untuk membeli ataupun tidak.

Dan satu lagi perkara menarik mengenai Tiggit adalah dimana ia menyusun setiap permainan mengikut kategori, membolehkan anda memilih permainan yang diminati anda dengan mudah. Ia turut memaparkan sistem rating untuk memudahkan anda membuat pilihan padanya.

Selesai sahaja membuat pilihan, para pengguna boleh klik pada butang Install pada penjuru bawah kanan, dan proses memuat-turun akan dilakukan oleh perisian tersebut, sebelum permainan tersebut dipasang pada komputer anda.

Bagi mereka yang ingin mencubanya, boleh memuat-turun Tiggit daripada laman rasmi mereka hari ini, dan mencubanya sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd