Chrome Packaged Apps Membolehkan Aplikasi Dijalankan Dalam Tetingkap Berasingan

Chrome Packaged Apps Membolehkan Aplikasi Dijalankan Dalam Tetingkap Berasingan

Diterbitkan pada July 19, 2012 oleh .

Pelayar web Chrome daripada Google terus membawakan pelbagai fungsi baru bersama-sama dengannya, dimana terkini melalui Chrome 22 Dev yang diperkenalkan, ia turut menyertakan sokongan Chrome Packaged Apps bersama-sama dengannya.

Sokongan ini membolehkan aplikasi berasaskan web dijalankan sebagai sebuah aplikasi khas, dimana ia dijalankan secara berasingan melalui sebuah tetingkap khas. Walaupun ia menggunakan sokongan Chrome disebaliknya, ia tidak menyertakan omnibox, dan beberapa elemen Chrome pada tetingkap khasnya, sebaliknya membolehkan aplikasi berkenaan menggunakan antaramuka khas serta memberikan pengalaman penggunaan seperti aplikasi berbeza.

Perkara ini baru diperkenalkan kepada para pembangun, dan mungkin kelak kita akan dapat melihat lebih banyak aplikasi dengan sokongan ini diperkenalkan pada Chrome WebStore tidak lama lagi. Sekiranya anda seorang pembangun, mungkin boleh merujuk kepada halaman khas yang disediakan oleh Google untuk mendapatkan idea lebih baik mengenainya.


TIPS & ULASAN