Chrome Experiments Kini Turut Menyokong Platform Mudah-Alih

Chrome Experiments Kini Turut Menyokong Platform Mudah-Alih

Diterbitkan pada July 19, 2012 oleh .

Jikalau sebelum ini Google hanya memperkenalkan Chrome Experiments untuk para pengguna desktop sahaja, dengan adanya aplikasi mudah-alih Chrome, kini sokongan tersebut diperluaskan kepada para pengguna mudah-alih, membolehkan mereka mengujinya pada peranti mereka dengan mudah.

Bagi yang tidak mengenali akan Chrome Experiments, ia membolehkan para pengguna menguji pelbagai teknologi web terkini seperti HTML5, WebGL, dan sebagainya terus pada pelayar web mudah-alih anda.

Buat masa ini hanya sebanyak 10 eksperimen disediakan, membolehkan anda mengujinya pada pelayar web mudah-alih anda. Dengan peranti mudah-alih yang kini kian popular dan digunakan sebagai antara peranti yang luas digunakan untuk mengakses web, mungkin ini akan serba sebanyak membantu para pengguna dalam mengetahui sokongan pada pelayar web anda, dan mungkin ini salah satu kaedah untuk mempromosikan pelayar web Chrome mudah-alih daripada Google.

Sekiranya anda berminat, boleh melayarinya hari ini dengan ke laman Chrome Experiments Mobile.


TIPS & ULASAN