Peranti Windows Phone 8 Mungkin Diperkenalkan Pada Minggu Pertama September?

Peranti Windows Phone 8 Mungkin Diperkenalkan Pada Minggu Pertama September?

Diterbitkan pada July 19, 2012 oleh .

Dengan pengumuman berkenaan Windows Phone 8 bersama-sama dengan pelbagai fungsi baru, semestinya ramai yang menantikan peranti baru tersebut daripada pelbagai pengeluar, termasuk Nokia. Kini, laporan awal mengatakan Nokia mungkin akan memperkenalkannya seawal 7 September kelak.

Buat masa ini, perkara ini masih tidak disahkan oleh Nokia. Namun, jikalau mengikut beberapa ura-ura sebelum ini, ia diperkatakan Nokia mungkin akan memperkenalkan peranti windows Phone 8 pada minggu pertama September kelak.

Sebelum ini, Microsoft telah pun memperkenalkan beberapa ciri-ciri baru pada Windows Phone 8, termasuk sokongan Live Tiles yang boleh diubah saiz, termasuk sokongan NFC, multi-core, dan pelbagai perkara menarik lain lagi.

Mungkin kita akan dapat mendengar lebih banyak mengenainya dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN