Thunderbird 15 Beta Didatangkan Dengan Antaramuka Australis

Thunderbird 15 Beta Didatangkan Dengan Antaramuka Australis

Diterbitkan pada July 19, 2012 oleh .

Walaupun sebelum ini Mozilla mengatakan mereka akan menghentikan pengenalan fungsi baru pada Thunderbird bermula pertengahan kedua tahun 2013, namun mereka masih aktif memperkenalkan perkara baru, dimana melalui Thunderbird 15 Beta, ia membawakan antaramuka Australis bersama dengannya.

Daripada apa yang kelihatan, ia membawakan rekabentuk yang lebih mesra dipandang, dengan bucu yang membulat berbeza dengan sebelum ini. Pada masa yang sama, ia turut menyertakan integrasi sokongan Chat, membolehkan anda sembang dengan rakan-rakan anda di Facebook, Google Talk, Twitter, IRC dan sebagainya terus daripada Thunderbird.

Thunderbird 15 Beta ditawarkan untuk para pengguna Windows, Linux dan juga Mac, dan akan diperkenalkan pada saluran stabil dalam masa kurang enam minggu lagi.


TIPS & ULASAN