Cari @ Amanz

Dengan pengumuman Firefox OS oleh Mozilla tempoh hari, semestinya ramai yang tidak sabar mengujinya. Memandangkan ia hanya akan dilancarkan secara rasminya pada awal tahun hadapan, mungkin ia akan mengambil masa yang agak lama sebelum dapat diuji pada peranti. Sebagai alternatif, anda boleh menguji versi pembangunannya pada desktop Windows anda.

Walaubagaimanapun, untuk makluman, sokongan ini lebih memfokuskan kepada para pembangun web dan aplikasi untuk menguji laman dan perkhidmatan mereka pada Firefox OS. Memandangkan ianya merupakan versi pembangunan awal, mungkin terdapat pelbagai kekurangan padanya, dan masih belum bersedia sepenuhnya buat masa ini.

Untuk mengujinya, anda hanya perlu melakukan beberapa langkah ringkas, iaitu:

  1. Muat-turun klien desktop Windows untuk B2G daripada laman rasmi Mozilla. Pastikan anda memilih fail yang berakhir dengan .win32.zip.
  2. Gunakan aplikasi seperti WinRar untuk membukanya, dan ia akan menghasilkan sebuah folder khas dinamakan b2g
  3. Muat-turun profil pengguna tambahan daripada GitHub.
  4. Namakan folder profil yang dimuat-turun kepada b2g-desktop-profile dan seterusnya letakkannya didalam folder b2g tadi.
  5. Masuk ke folder b2g-desktop-profile dan jalankan fail bernama Install.
  6. Sebuah tetingkap Command Prompt akan muncul dan menjalankan beberapa perkara, serta memulakan tetingkap B2G untuk anda uji.
  7. Untuk menjalankannya pada kali seterusnya, anda hanya perlu klik pada fail b2g-profile.bat yang terdapat didalam folder b2g.

Daripada ujian kami, ia berjalan agak lancar, walaupun terpaksa dikawal menggunakan tetikus dan sebagainya. Namun, kami masih tidak menjumpai cara untuk kembali ke halaman utama buat masa ini.

Sekiranya anda menjumpai sebarang perkara yang menarik pada B2G ataupun Firefox OS ini, jangan lupa berkongsi bersama kami.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd