Cari @ Amanz

Bulan Ramadhan bulan puasa menjelang tiba lagi buat penganut agama islam. Umat islam akan berpuasa selama 29/30 hari mengikut kalendar islam. Beberapa hari lepas Yahoo Malaysia telahpun melancarkan halaman khusus untuk meraikan bulan yang penuh rahmat ini. Kami juga ingin berkongsi sedikit sebanyak aplikasi berkaitan bulan Ramadhan ini.

Ramadhan 2012

Aplikasi ini membolehkan anda mengetahui waktu imsak dan waktu berbuka. Disertakan juga sokongan untuk setiap bandar hampir diseluruh dunia. Muat turun aplikasi ini di platform Android dan juga iOS

Ramadan Race

Aplikasi dari pembangun Australia ini menekankan cabaran untuk mengerjakan amalan. Aplikasi ini dilihat lebih padat selain terdapat peta solat Terawih tetapi lokasi tersebut hanya untuk bandar Sydney. Muat turun aplikasi ini di platform Android.

Ramadan SG (Singapura)

Aplikasi ini khusus untuk muslim yang berada di Singapura. Selain dari waktu berbuka dan sahur, aplikasi ini juga menyenaraikan aktiviti setempat seperti lokasi  masjid untuk menunaikan solat terawih dan solat sunat Aidilfitri. Aplikasi ini dihasilkan dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Singapura. Muat turun aplikasi ini di platform iOS.

Ramadan Recipes

Aplikasi berbayar ini merupakan panduan untuk lauk-pauk yang sihat semasa menjalani ibadah puasa. Aplikasi ini menyenaraikan lebih 100 resepi dan turut mencadangkan set lauk-pauk seharian dari masa bersahur sehinggalah berbuka.Muat turun aplikasi ini di platform iOS.

Ramadhan Checklist

Salah satu aplikasi yang dibangunkan oleh pembangun tempatan, memudahkan anda menguruskan aktiviti sepanjang bulan Ramadhan, disamping meningkatkan produktiviti anda sepanjang bulan puasa ini. Ia ditawarkan hanya untuk para pengguna iOS sahaja buat masa ini.

KFH Quran

Buat mereka yang ingin melengkapkan bacaan al-Quran sepanjang bulan Ramadhan ini, aplikasi KFH Quran sesuai digunakan kerana berbanding aplikasi Quran yang lain, aplikasi ini mempunyai paparan seakan-akan al-Quran yang sebenar. Ini memudahkan mereka yang ingin mengikuti kaedah formula khatam al-Quran dalam masa sebulan. Muat turun aplikasi tersebut untuk platform iOS. – tips dari Hafizudin Yusuf/Aziah Ali

Kami harap aplikasi-aplikasi diatas sedikit sebanyak berguna dan bagi umat islam, marilah kita rebut peluang untuk melakukan banyak amalan didalam bulan ini dan beristiqamah meneruskan amalan sehingga selepas bulan Ramadhan.

Sekiranya anda ada aplikasi pilihan tertentu, jangan lupa kongsikan bersama kami :)

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd