Permainan The Dark Knight Rises Dilancarkan Untuk Pengguna iOS

Permainan The Dark Knight Rises Dilancarkan Untuk Pengguna iOS

Diterbitkan pada July 19, 2012 oleh .

Seperti mana yang dijanjikan, hari ini Gameloft telah pun menerbitkan permainan The Dark Knight Rises untuk para pengguna iOS, dan boleh didapati daripada AppStore pada harga $6.99, untuk peranti iPhone, iPod Touch dan juga iPad.

The Dark Knight Rises membawakan permainan yang diinspirasikan berasaskan kepada filem terbaru The Dark Knight yang sedang dimainkan di pawagam bermula hari ini.

Permainan yang dioptimasikan untuk skrin sentuh ini membawakan grafik yang menarik, disamping kawalan yang mudah, membolehkan para pengguna untuk memainkan watak Batman, dan memastikan bandar Gotham City terus selamat daripada ancaman musuh.

Sekiranya anda berminat, mungkin boleh mendapatkannya. Namun, seperti biasa, pastikan anda mempunyai sambungan WiFi atau data yang secukupnya, memandangkan saiznya yang besar, iaitu sekitar 820Mb.

Versi Android dijangka akan menjelang tiba dalam beberapa jam lagi.


TIPS & ULASAN