Cari @ Amanz

Facebook nampaknya sedang menguji rekabentuk baru untuk memperlihatkan kandungan pada News Feed mereka, terutamanya kandungan daripada penggunaan sokongan OpenGraph, termasuk daripada beberapa aplikasi seperti FoodSpotting, Instagram dan sebagainya.

Daripada perubahan yang diperlihatkan, ia memaparkan sehingga 4 kemaskini dalam susunan seumpama Pinterest, membolehkan para pengguna melihatnya dan memilih untuk meninggalkan komen atau Like dengan mudah.

Buat masa ini, hanya segelintir pengguna sahaja dapat melihat sokongan ini, dan mungkin akan diperkenalkan dengan lebih meluas tidak lama lagi.

Jadi, apa pandangan anda berkenaan cara baru Facebook memperlihatkan kandungan OpenGraph ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd