Cari @ Amanz

Seperti biasa, ketika menggunakan peranti seperti tablet, ia adalah salah satu perkara yang tidak dijangka apabila tablet kita jatuh ke tanah, mahupun ke dalam air. Kini, SquareTrade menyediakan sebuah video perbandingan mengambil beberapa senario biasa, dan melakukan ujian ke atas dua tablet popular ini.

Daripada apa yang diperlihatkan, ia menunjukkan Nexus 7 tidak membawakan kerosakkan yang serius pada tablet mereka, disamping masih boleh berfungsi dengan lancar walaupun terjatuh didalam air.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah Nexus 7 akan hadir ke Malaysia. Namun, dengan harga tablet yang murah, dan tahan pelbagai perkara, semestinya kelak ia akan menjadi antara tablet yang laris di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd