Windows Phone 8 Dan Office 2013 Pada Bulan November?

Windows Phone 8 Dan Office 2013 Pada Bulan November?

Diterbitkan pada July 20, 2012 oleh .

Selain daripada Windows 8 yang diumumkan akan dilancarkan pada penghujung Oktober kelak, kini beberapa laporan mengatakan Microsoft turut sama akan melancarkan beberapa perisian lain mereka, termasuk Windows Phone 8 dan juga Office 2013 sekitar November kelak.

Mengikut laporan awal, ia dikatakan Windows Phone 8 akan mencapai fasa RTM pada bulan September, dan dilancarkan bersama-sama beberapa peranti pada bulan November nanti. Sebelum ini, ia turut dilaporkan yang mana Nokia bakal memperkenalkan peranti Lumia generasi baru bersama Windows Phone 8 pada awal September kelak.

Sementara itu, bagi Office 2013 pula, Microsoft baru sahaja memulakan ujian beta terbuka mereka pada minggu lepas, membolehkan para pengguna mengujinya terlebih dahulu sebelum ia dilancarkan kepada umum tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN