Nokia N9 Menjalankan Android 4.1 Jelly Bean Mula Kelihatan

Nokia N9 Menjalankan Android 4.1 Jelly Bean Mula Kelihatan

Diterbitkan pada July 20, 2012 oleh .

Nokia N9 terus mendapat sokongan daripada pembangun bebas, dimana terkini paparan skrin Nokia N9 menjalankan Android 4.1 Jelly Bean diperlihatkan, sekaligus menandakan ROM untuk N9 akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Buat masa ini, versi pembangunan yang sedia diuji masih lagi merupakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Ia tidak diketahui lagi bilakah versi akhir untuk ICS akan dilancarkan untuk Nokia N9.

Namun, dengan Jelly Bean yang kini kelihatan pada Nokia N9, mungkin kita akan dapat melihat lebih maklumat lanjut mengenainya, membolehkan semua pengguna Nokia N9 mencubanya sendiri.


TIPS & ULASAN