Firefox 15 Akan Membawakan Pembaikkan Pada Pengurusan Memori

Firefox 15 Akan Membawakan Pembaikkan Pada Pengurusan Memori

Diterbitkan pada July 20, 2012 oleh .

Firefox sejak daripada tahun lepas memfokuskan kepada pengurusan memori, dan nampaknya, sekali lagi ia akan membawakan perubahan drastik melalui Firefox 15 kelak. Buat masa ini, Firefox 15 masih lagi pada fasa beta, dan akan dilancarkan pada bulan Ogos kelak.

Ia sering-kali dikatakan add-on yang digunakan pada Firefox merupakan salah satu faktor mengapa ia menggunakan memori tinggi. Daripada ujian awal yang diperlihatkan menggunakan versi pembangunan Firefox 15, ia kelihatan masalah tersebut diatasi, membolehkan penggunaan memori lebih optimum berbanding sebelumnya.

Daripada apa yang diperlihatkan, ia lebih memfokuskan kepada kawalan memori yang digunakan oleh add-onadd-on pada Firefox, mungkin perubahan yang dilihat anda tidak begitu ketara berbanding biasanya.


TIPS & ULASAN