Cari @ Amanz

Ketika melakukan beberapa laporan berkaitan Matematik semasa belajar suatu ketika dahulu, salah satu perkara yang agak sukar adalah untuk melakukan penyertaan formula dan juga persamaan Matematik ke dalam dokumen. Perkara ini biasanya adalah disebabkan kekurangan sokongan pada beberapa text editor. Namun, perkara tersebut kini boleh dimudahkan melalui aplikasi Daum Equation Editor.

Aplikasi Daum Equation Editor ini ditawarkan sebagai aplikasi tambahan untuk pelayar web Chrome, membolehkan anda memasangnya dengan mudah terus daripada Chrome WebStore.

Daripada Daum Equation Editor, ia membolehkan anda membuat persamaan Matematik dengan mudah, dimana ia diperlihatkan dalam bentuk yang mudah difahami, disamping turut sama didatangkan dalam bentuk mesra aplikasi seumpama MATLAB dan sebagainya.

Untuk memudahkan para pengguna juga, ia didatangkan dalam pilihan untuk membuat salinan dalam bentuk teks ataupun dalam bentuk imej, supaya anda boleh menyertakannya dalam dokumen dan sebagainya.

Bagi anda yang selalu terlibat dalam persamaan Matematik, mungkin boleh mencuba sendiri Daum Equation Editor hari ini pada pelayar web Chrome anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd