Aplikasi Menarik Bersempena Ramadhan Untuk Pengguna Nokia

Aplikasi Menarik Bersempena Ramadhan Untuk Pengguna Nokia

Diterbitkan pada July 20, 2012 oleh .

Selain daripada untuk pengguna iOS dan Android, terdapat pelbagai pilihan aplikasi menarik juga untuk para pengguna Nokia (Symbian dan juga S40), membolehkan anda menambah pelbagai aplikasi menarik ke telefon pintar anda bersempena dengan bulan Ramadhan ini.

Prayer Times

Seperti pada namanya, aplikasi Prayer Times ini membolehkan para pengguna mengetahui waktu solat semasa yang dikira mengikut GPS. Anda juga boleh menambah widget pada skrin utama untuk memudahkan anda mengetahui waktu solat dan lain-lain.

Qibla Direction

Kadangkala ketika berjalan, mungkin ia agak sukar untuk anda menentukan arah kiblat dan sebagainya untuk menunaikan kewajipan. Melalui aplikasi ini, ia menggunakan sokongan GPS terbina, membolehkan anda menentukan arah kiblat dengan mudah menggunakannya.

Quran Library

Quran Library membolehkan anda mendengar bacaan al-Quran daripada pelbagai qari, selain turut memudahkan anda memilih Surah dan sebagainya. Turut didatangkan dalam variasi untuk pengguna S40.

Ramadhan Sunrise

Ramadhan Sunrise merupakan aplikasi ringkas yang memberikan peranti anda nafas baru dengan menyertakan beberapa imej untuk digunakan sebagai wallpaper bersempena bulan Ramadhan ini.

Selain daripada ini, sekiranya anda mempunyai sebarang aplikasi menarik lain, jangan lupa berkongsi bersama kami melalui ruangan komen dibawah, dan kami akan terus mengemaskini artikel ini dengan menyertakannya.


TIPS & ULASAN