Cari @ Amanz

Setelah lama tidak mendengar khabar berita mengenai tablet terbaru daripada Huawei, kini sebuah video baru dimuat-naik ke laman YouTube mereka, memperlihatkan Huawei MediaPad 10 FHD yang baru dengan beberapa fungsi padanya.

Daripada apa yang diperlihatkan, Huawei MediaPad 10 FHD membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.5 GHz, GPU 16 teras, skrin bersaiz 10.1 inci dengan resolusi 1920 x 1200 untuk paparan HD, serta menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich padanya. Ia turut didatangkan dengan kamera belakang 8-megapixel serta kamera hadapan untuk panggilan video.

Ia masih lagi tidak diketahui bilakah tablet terbaru daripada Huawei ini akan memasuki Malaysia, dan bagaimanakah ianya akan bersaing dari segi harga dengan Nexus 7 dan lain-lain, walaupun membawakan saiz berbeza dengan Nexus 7.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd