HTC Mengesahkan Kemaskini Jelly Bean Untuk One X Dan One S

HTC Mengesahkan Kemaskini Jelly Bean Untuk One X Dan One S

Diterbitkan pada July 20, 2012 oleh .

Selain daripada Asus, kini HTC turut sama telah mengeluarkan kenyataan yang mana mereka akan memperkenalkan kemaskini Android 4.1 Jelly Bean kepada beberapa peranti HTC One tidak lama lagi, termasuk untuk HTC One X, HTC One XL dan juga HTC One S.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang tarikh yang diberikan oleh pihak HTC, selain ia juga tidak diketahui beberapa peranti lain termasuk HTC One V akan menerima kemaskini Jelly Bean ataupun tidak.

Buat masa ini, beberapa pembangun bebas telah pun mengeluarkan versi pembangunan Jelly Bean untuk pengguna One X dan beberapa peranti lain, membolehkan mereka mengujinya pada peranti mereka. Namun, dengan pengumuman rasmi ini, mungkin ia akan mengembirakan lebih ramai pengguna yang tidak gemar mengambil risiko untuk menggunakan ROM pihak ketiga dan sebagainya.


TIPS & ULASAN