Carian
Galaxy Note 2 Bakal Membawakan Cip Pemprosesan Empat-Teras 1.6GHz?
July 21, 2012 Aman

Bagi para peminat produk Samsung, mungkin ramai yang menantikan Samsung Galaxy Note 2. Sehingga kini, apakah yang bakal didatangkan bersama-sama dengannya masih tidak diketahui, namun laporan awal mula mengatakan Galaxy Note 2 akan menyertakan cip pemprosesan empat-teras 1.6GHz bersama-sama dengannya.


Konsep Galaxy Note 2

Perkara ini disimpulkan daripada pangkalan data GLBenchmark terbaru, yang mana menyertakan peranti Samsung GT-N7100 padanya. Sekiranya ia adalah benar Galaxy Note 2, maka ia kelihatan akan menyertakan kuasa pemprosesan yang lebih tinggi daripada Galaxy S3, walaupun menggunakan cip yang sama.

Daripada data GLBenchmark juga, ia kelihatan peranti tersebut akan membawakan resolusi 1280×720 pixel padanya, menggunakan grafik Mali-400 sama seperti Galaxy S3.

Sebelum ini, ia diperkatakan Samsung akan memperkenalkan Galaxy Note generasi baru mereka pada penghujung Ogos ini. Dan mungkin dengan tarikh tersebut semakin hampir, lebih banyak info mengenainya akan kelihatan di arena web ini.

Komen