Sparrow Diambil-Alih Oleh Google

Sparrow Diambil-Alih Oleh Google

Diterbitkan pada July 21, 2012 oleh .

Nampaknya Google teruskan menambah portfolio dibawah mereka, dimana terkini telah pun mengambil-alih Sparrow, iaitu salah satu penyedia aplikasi emel popular pada platform Mac dan juga iPhone.

Dengan pengambil-alihan ini, pasukan Sparrow akan menyertai pasukan GMail sedia ada, dan membawakan lebih banyak revolusi dan penambahan pada produk Google.

Buat sementara waktu ini, pasukan Sparrow mengatakan aplikasi mereka akan kekal aktif lagi dan boleh didapatkan daripada AppStore. Namun, ia tidak diketahui sehingga bilakah ianya akan kekal sebegitu. Selain daripada itu, pasukan Sparrow juga sebelum ini dalam proses membangunkan aplikasi untuk iPad. Dengan pengambil-alihan ini, ia tidak diketahui adakah projek tersebut akan diteruskan ataupun sebaliknya.

Harga pengambil-alihan Sparrow tidak diumumkan kedua-dua pihak.


TIPS & ULASAN