Cari @ Amanz

Ketika pengumuman Windows Phone 8 tempoh hari, salah satu perkara yang membuatkan ramai teruja adalah skrin utamanya yang baru, membolehkan para pengguna mengubah saiz tiles mengikut kegemaran mereka. Memandangkan ia mungkin mengambil masa sebelum dilancarkan, kini pengguna boleh mengujinya terlebih dahulu melalui aplikasi W Phone 8.

Aplikasi percuma yang ditawarkan kepada semua pengguna Windows Phone ini hanyalah sekadar sebuah emulator, membolehkan para pengguna menguji dan melihat sendiri bagaimanakah antaramuka tersebut akan memberikan kesan kepada penggunaan dan antaramuka mereka.

W Phone 8 ini tidaklah memberikan anda mengubah sebarang perkara pada skrin utama, tetapi hanya berfungsi sebagai tempat menguji sahaja.

Pengeluar peranti sedia ada dijangka bakal memperkenalkan kemaskini Windows Phone 7.8 dengan fungsi serupa. Namun tarikh pelancarannya masih tidak diketahui buat masa ini.

Jadi, bagi sesiapa yang berminat, mungkin anda boleh memuat-turunnya daripada Marketplace hari ini, dan mengujinya sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd